AKU YANG BERSENDIRIAN.


Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog yang kurang cantik ini. Hanya sekadar mampu untuk membuat blog ini dengan kersederhanaan sahaja. Cukuplah hanya luahan isi hatiku yang menjadi penyeri kepada blog ini. Sebenarnya keluarga yang paling ku sayang dan dicintai masih ada disisiku. Cuma aku berasa diriku ini diketepikan oleh keluarga.

Pada waktu kecil, aku sering dimanjakan dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Kerana pada waktu itu, aku adalah anak pertama bagi kedua ibu bapa ku. Mungkin itu sebabnya mereka memberikan sepenuh perhatian kepada aku. Tapi selepas setahun setelah adik aku yang pertama dilahirkan, dengan secara perlahan lahan aku diketepikan tanpa aku sedari hanya kerana aku masih kecil. Masih tidak faham dan mengerti apa maksud 'diketepikan' itu. Apa segala yang adik aku minta, akan dihajati oleh ayah dan juga ummi aku. Aku tak kisah pada masa itu, dan tidak ambil peduli langsung kerana aku fikir ayah dan ummi aku akan lebih menyayangi ku sama adil dengan adik aku. Selang beberapa tahun kemudian, lahirlah seorang lagi insan yang bergelar adik buat kali terakhirnya. Mulai saat itulah kasih sayang ayah dan ummi kepada aku terasa semakin berkurang. Mereka memberikan sepenuh perhatian kepada kedua dua adik ku. Aku terasa dipinggirkan.

Wahai adik adikku, kakak bukannya cemburu mahupun membenci kalian berdua. Cuma kakak inginkan ayah dan ummi menyayangi kita semua sama adil. Kakak tahu kakak semakin besar, tetapi itu bukanlah penghalang untuk ayah dan ummi menyayangi kakak seperti dulu. Adik adikku, jika kakak sudah tiada lagi di dunia ini. Kakak amanahkan kamu berdua untuk menjaga ayah dan ummi dengan sebaiknya. Tolong. Kakak tahu walaupun kakak bukan seorang kakak yang baik dan penyayang, tetapi jauh di sudut ruang hati kakak. Kakak amat menyayangi kamu berdua serta ayah dan ummi. Yang paling penting, tolong jaga ummi dengan elok. Ummi tak berapa kuat, ummi semakin tua.dan hati semakin sensitif. Jangan sesekali menyakiti ummi mahupun ayah. Daripada kakakmu yang kesedihan.


Thanks for wasted your time. Leave a message if you've done read it.

AIR MATA UMMI.


Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim. Sedang aku bersendirian di kamar ku yang kegelapan, mengambil peluang yang ada untuk menceritakan sebuah kisah kehidupan yang amat sukar buat ku hadapi dengan tabah. Hidup ini tidak akan pernah adil. Penuh dengan dugaan yang berat.

Melihat air mata ibu jatuh kerana disakiti ialah suatu dugaan yang paling berat pernah aku lalui suatu ketika dahulu. Anak mana yang sanggup melihat ibunya menangis teresak esak disebabkan disakiti oleh suaminya sendiri. Ummi menangis secara diam diam sambil memegang tuala kecil untuk mengesat air matanya. Sedang aku mencuri lihat ummi menangis, hatiku berasa sebak sungguh. Bagaikan setitik air mata ummi jatuh, seakan sejuta jarum yang tajam menusuk ke mataku. Ummi, maafkan aku kerana pada masa itu aku gagal menemani mu disaat ummi memerlukan seseorang untuk meluahkan kesedihan mu. Aku bukan anak yang baik, minta maaf ummi.

Tiada niatku untuk membenci ayah. Sesekali pun tidak pernah terdetik. Cuma aku hairan mana perasaan kasih sayang ayah kepada ummi. Mengapa ayah menyakiti ummi. Ummi tidak bersalah, ummi hanya menasihati ayah. Kenapa ayah harus memarahi ummi tanpa memikirkan hati dan perasaan ummi. Aku tahu ayah sangat mencintai ummi, dan juga begitu ummi. Ayah, tolong sedarkan dirimu. Aku inginkan ayah aku yang dahulu. Selalu menyayangi ummi dan kami adik beradik. Sifat penyabar ayah yang dulu membuat kami semua sayang kepada ayah. Aku ingin keluargaku kembali. Pulangkan, wahai YaAllah.


Thanks for wasted your time. Leave a message if you've done read it.

KEHILANGAN.


Assalamualaikum. Alhamdulillah aku masih mempunyai kekuatan hingga ke hari ini. Bernafas di alam maya bersama sama hamba Allah yang masih kekal berdiri di atas muka bumi yang indah ini. Mungkin masih ramai yang belum mengenali saya. Identiti diriku biarlah menjadi rahsia antara saya dengan Allah swt. YaAllah, aku bukanlah hambamu yang baik, mahupun sempurna. Aku hanyalah seorang insan yang sering melakukan kesalahan. Imanku masih tidak kukuh untuk melawan hasutan makhluk durjana itu(syaitan). Tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk mengukuhkan iman ku yang luhur ini. Kau tetapkanlah imanku, wahai YaAllah.

Tujuan utama saya membuat blog ini adalah semata mata untuk meluahkan segala perasaan yang saya pendamkan selama ini daripada manusia di sekeliling saya dan kerana itulah identiti saya perlu dirahsiakan agar tidak ada sesiapa mengenali siapa disebalik penulis blog ini. Harap semua tidak kecil hati.

Kita hanyalah hambaNya yang lemah. Segala perbuatan dan perlakuan kita telah ditentukan olehNya sebelum kita lahir lagi. Bertawakkal lah dengan apa yang bakal berlaku. Tapi kenapa semua ini harus terjadi pada keluarga aku? Kenapa sekarang? Aku inginkan keluarga aku yang dulu. Yang penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan antara kami sekeluarga. Aku iginkan ayah aku yang penyabar. Aku inginkan ummi aku yang tabah dan penyayang. Aku iginkan adik adik aku yang nakal dan baik seperti dahulu. YaAllah, kenapa kau mengambil semuanya daripada aku? Aku terasa diriku diketepikan. Hidup dalam keseorangan tanpa ada sesiapa yang ingin memahami perasaan aku. Aku kehilangan.


Thanks for wasted your time. Leave a message if you've done read it.